PENGENALAN PENUBUHAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUMPAT

 

MRSM Tumpat mula beroperasi pada 16 Mei 2010 di satu kawasan berhampiran pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan. Pembangunan infrakstrukturnya mengandungi bangunan Pentadbiran, bangunan Akademik, bangunan Asrama Putera dan Puteri, Dewan Selera, Dewan Besar, Pusat Sumber ilmu, Bangunan Makmal Sains, Surau, Rumah Pengetua, Rumah Timbalan Pengetua, Apartmen Guru dan kakitangan serta Gelanggang Permainan.

Pada 16 Mei 2010, seorang Timbalan Pengetua (HEA) dan seorang guru fizik telah melaporkan diri di MRSM Tumpat. Manakala 6 orang kakitangan melaporkan diri pada 1 Jun 2010 dan 24 orang guru melaporkan diri pada 14 Jun 2010. Pengambilan pelajar pertama ialah pada 21 Jun 2010 yang terdiri daripada 169 orang pelajar tingkatan satu. Pengambilan kedua pula ialah pada 18 Julai 2010  yang terdiri daripada 20 orang pelajar tingkatan satu.