MISI

Menyediakan pelajar bumiputera yang berpengetahuan, berpotensi tinggi dalam semua bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

 

VISI

Menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang, berinovatif dan bertaraf dunia.

 

FALSAFAH

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti kepada diri sendiri, masyarakat, Negara dan Tuhan.  Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.